(Baiti wa PWTC)
Tak terjangka yang aku kena pulang dlm keadaan tergesa-gesa ke rumah. Sampai Pudu dlm jam 8 malam, mataku liar dan terus kaki pantas melangkah. Aku hampir buntu dgn keadaan sibuk dan riuh manusia. Hmm..rasa kecik sangat. Hampa rasanya, tiket dah habis. Sekarang aku kena belajar untuk survival dlm genting masa dan keadaan. Alhamdulillah, Allah dengar keluhku. Bersama seorang sahabat, akhirnya aku naik bas ke Melaka. Jam 11.30 sampai ke rumah.
Ingat kan emergency apa. Emergency yang tak perlu dirisaukan. Rupanya bonda nak buat majlis utk ayahanda. Yelah..ayah dah berusia 55 tahun ni. Alhamdulillah, pada waktu beginilah kami berkesempatan nak berkumpul. Ermm..takpelah. Agaknya kalo bonda tak kata emergency, aku masih di Taman Ilmu dan Budi ni..hehe. Sibuk melayan Baby Nurul, Jiji dan Nana di rumah, petangnya bersiap utk majlis ayahanda. Seusai doa sempurna dibaca, kami menjamu selera. Thanks, aku seronok dlm riuh semua. Ermm..perkara yang tak aku idam terjadi juga. Sume dok menyakat kami “Mana pakwenya along??” “Mana aweknya angah?” Cet!! Angah yang dah berpunya mmg kureng senang dgn provokasi cam gitu. Alih-alih aku plak yg didesak tanye. Jawapan aku senang, “Mana ade pakwe. Tolonglah carikan” Aku gelak semacam, pastu sambung makan. Haha..gitulah dia. Takkan sunyi dari soalan2 panas tiap kali berkumpul bersama pakcik dan makcik ku yang macam aku, 'huru-hara'..hehe
Pulang ke kampus semula (1 MEI 2005) Aku dah janji dgn Mira nak ke PWTC..hehe. Alhamdulillah, hajat tercapai. Ermm..aku tak punye banyak mood sebenarnya tapi demi buku, penulis, PTS, Abg Fauzul..aku ke situ juga, bersama Amira. Jujur, focus sedikit lari dek demam dan penat seharian di rumah. So, yang ade lebih ni je aku bawa ke PWTC. Ape pon, aku kena bercakap lebih jujur yg aku mmg dah plan nak ke PWTC utk Pesta Buku. Dan akhirnya aku seronok sendiri dgn Mira..happy. Penat tak merencatkan aktiviti berjalan kami; jumpe Dr Tuah, Pn Ainon, Abg Fauzul, Abg Fadzli (penulis buku), Nuds (kartunis-sempat bergambar kenangan dlm bentuk karikatur dgn Mira..hehe) Yea, aku tak lepaskan peluang berbual bicara dan meluahkan perasaan gembira pada penulis yang aku minat. Senyum depa tu kekuatan aku. Mekasih pada Dr Danial, Dr Tuah dan Abg Fadzli. Manis kenangan tu. Macam tak percaya dapat jumpe mereka yang merupakan mentor sebenar.
Tu jelah. Cita aku weekend ni. Nampaknya aku tak bercuti cam pekerja lain sebab aku ada kerja yang kena diuruskan...hehe. Selamat, selamat. Untuk semua kalian, jazakumullahukhair..bye
No comments:
Post a Comment